fbpx

Urutan menggunakan Minyak Aromaterapi

Urutan

Dunia Urutan: Apakah itu Aromaterapi?

Di dalam dunia urutan, minyak merupakan bahan terpenting bagi mendapatkan urutan yang berkesan. Aromaterapi bermaksud “terapi melalui aroma”. Turut dikenali sebagai Minyak Essensial (Essential Oils), aromaterapi dihasilkan daripada tumbuh-tumbuhan yang merangkumi intipati sebenar alam semula jadi. Aromaterapi merupakan salah satu alternatif bagi berbagai-bagai masalah kesihatan dan kesejahteraan. Selain digunakan sebagai penyegar udara, tahukah anda bahawa Essential Oils sering juga digunakan dalam urutan tubuh badan?

Ya, aromaterapi merupakah pendekatan yang digunakan dalam dunia urutan, kedua-dua elemen ini sering digabungkan dan digunakan bagi menghasilkan pengalaman yang menyeluruh dalam sesuatu proses penyembuhan. Selain membantu ketegangan fizikal seperti melegakan ketegangan otot, aromaterapi juga memberi manfaat kepada kesihatan psikologi iaitu dengan meningkatkan mood dan mengurangkan stres. Sehinggakini, aromaterapi bukan sahaja memberi pengalaman yang menyenangkan, tetapi juga mendatangkan keberkesanan dalam rawatan kesihatan.

Kelebihan memiliki Minyak Aromaterapi dalam Urutan

Essential Oils yang digunakan dalam dunia urutan dipercayai boleh membantu mengatasi pelbagai masalah kesihatan seperti stres, anxiety, insomnia serta keradangan. Selain itu, aromaterapi juga mendatangkan manfaat dalam meningkatkan kualiti tidur, memperkuatkan sistem imun serta menambahkan mood dan energi. Minyak aromaterapi boleh digunakan dalam kehidupan seharian, antara kelebihan-kelebihan minyak aromaterapi yang dapat melegakan masalah kesihatan adalah seperti berikut:

  • Melegakan demam, batuk dan selsema.
  • Melegakan anxiety, insomnia dan stres.
  • Meredakan masalah keradangan dan iritasi kulit.
  • Bantu merawat luka dan jangkitan kuman.
  • Meredakan kekejangan otot.
  • Membantu masalah pernafasan seperti asthma dan arthritis.
  • Mengurangkan rasa loya dan muntah-muntah.
  • Membantu melindungi badan daripada penyakit kardivaskular.
  • Membantu melawan bakteria dan virus berbahaya.

Cara Penggunaan Minyak Aromaterapi

Aromaterapi boleh diaplikasikan dengan pelbagai cara, antaranya:

  1. Menghidu wap aromaterapi

Antara cara yang popular untuk menggunakan Essential Oils adalah melalui penggunaan penyegar aroma atau diffuser. Tambahkan beberapa titis minyak aromaterapi ke dalam diffuser yang berisi air dan hidupkan mesin tersebut. Aroma semulajadi dari minyak tersebut akan tersebar dan memenuhi suasana dengan kesan dan aroma yang menenangkan.

2. Tambahkan ke dalam produk kecantikan

Minyak aromaterapi boleh ditambahkan ke dalam produk-produk penjagaan kulit seperti facial cleanser, toner, moisturizer dan serum. Umumnya, pengguna boleh tambahkan 2-3 titis minyak aromaterapi kedalam 200mL produk kecantikan mengikut kesesuain kulit masing-masing. Oleh kerana kandungannya 100% semulajadi tanpa bahan kimia, minyak aromaterapi terbukti selamat dan berkesan dalam menghidrasi dan membantu merawat masalah kulit.

3. Tambahkan ke dalam carrier oil

Minyak aromaterapi sesuai ditambahkan ke dalam carrier oil seperti coconut oil, untuk meningkatkan kualiti penggunaanya. Ini kerana, carrier oil memiliki sifat kurang meruap berbanding minyak aromaterapi yang mudah meruap ketika digunakan. Oleh itu, 3-4 titis minyak aromaterapi boleh dicampurkan ke dalam 100mL carrier oil sebelum digunakan pada kulit bagi tujuan mengurut.

4. Tambahkan ke dalam makanan atau minuman.

Selain fokus ke dalam dunia urutan, minyak aromaterapi juga boleh digunakan ke dalam makanan. Ini kerana Essential Oils ini merupakan minyak 100% semulajadi yang dijamin tiada apa-apa bahan tambahan. Oleh itu, pengguna boleh menambahkan perasa makanan menggunakan minyak aromaterapi ini mengikut kadar penggunaan yang dibenarkan oleh FEMA.

Minyak Aromaterapi dalam Urutan

Tidak dinafikan lagi bahawa dunia urutan pada masa kini sangat fokus dalam mendominasikan minyak urutan yang bermutu tinggi demi mendapatkan hasil mengurut yang berkesan. Minyak aromaterapi yang bersifat 100% semulajadi boleh dijadikan minyak urutan kerana kandungannya yang bersifat antioksidan, antiseptik serta antimikrobial.

Tambahan lagi, minyak ini sesuai bagi mereka yang mengalami masalah-masalah kulit sensitif kerana minyak ini dapat membantu masalah keradangan kulit. Oleh itu, minyak aromaterapi sangat sesuai dijadikan sebagai minyak urut memandangkan tiada bahan kimia yang ditambahkan.

massage-oil

Antara cara mengaplikasikan minyak aromaterapi dalam urutan adalah dengan:

  1. Memastikan tangan dalam keadaan bersih sebelum memulakan urutan.
  2. Mengenalpasti bahagian badan yang ingin diurut.
  3. Menyediakan minyak aromaterapi yang secukupnya sebelum mengurut.
  4. Memulakan urutan dengan cara yang betul.

Cedarwood Essential Oil: Cadangan sesuai minyak aromaterapi dalam urutan

Memperkenalkan Cedarwood Essential Oil, salah satu pilihan sesuai minyak aromaterapi untuk dijadikan sebagai bahan asas mengurut. Memiliki aroma yang hangat dan bauan kayu, minyak ini bakal mewujudkan suasana tenang dan santai ketika sesi mengurut dilaksanakan. Maka, anda tidak perlu lagi pergi ke Spa dengan kehadiran minyak aromaterapi ini!

Leave a Reply

en_USEnglish