Dunia Urutan: Adakah itu Aromaterapi?
Di dalam dunia urutan, minyak merupakan bahan penting untuk mendapatkan urutan yang berkesan. Aromaterapi bermaksud “terapi melalui aroma”. Turut dikenali sebagai Minyak Esensial (Minyak Pati), aromaterapi dihasilkan daripada tumbuh-tumbuhan yang merangkumi intipati sebenar alam semula jadi. Aromaterapi merupakan salah satu alternatif bagi pelbagai-bagai masalah kesihatan dan kesejahteraan. Selain digunakan sebagai penyegar udara, tahukah anda bahawa Minyak Pati sering juga digunakan dalam urutan tubuh badan?
Ya, aromaterapi merupakah pendekatan yang digunakan dalam urutan dunia, dua elemen ini sering kali digabungkan dan kedua digunakan untuk menghasilkan pengalaman yang menyeluruh dalam sesuatu proses penyembuhan. Selain membantu pemulihan fizikal seperti melegakan ketegangan otot, kesihatan psikologi iaitu dengan meningkatkan mood dan mengurangkan tekanan. Sehinggakini, aromaterapi bukan sahaja memberi pengalaman yang menyenangkan, tetapi juga mendatangkan keberkesanan dalam rawatan kesihatan.
Kelebihan mempunyai Minyak Aromaterapi dalam Urutan
Minyak Pati yang digunakan dalam dunia urutan dipercayai boleh membantu mengatasi pelbagai masalah kesihatan seperti stress, anxiety, insomnia serta pelbagai masalah. Selain itu, aromaterapi juga mendatangkan manfaat dalam meningkatkan kualiti tidur, menguatkan sistem imun serta menambahkan mood dan tenaga. Minyak aromaterapi boleh digunakan dalam kehidupan seharian, antara kelebihan-kelebihan minyak aromaterapi yang dapat melegakan masalah kesihatan adalah seperti berikut:
- Melegakan demam, batuk dan selsema.
- Melegakan kebimbangan, insomnia dan tekanan.
- Meredakan masalah masalah dan iritasi kulit.
- Bantu merawat luka dan jangkitan kuman.
- Meredakan kekejangan otot.
- Membantu masalah pernafasan seperti asma dan arthritis.
- Mengurangkan rasa loya dan muntah-muntah.
- Membantu melindungi badan daripada penyakit kardivaskular.
- Membantu melawan bakteria dan virus berbahaya.
Cara Penggunaan Minyak Aromaterapi
Aromaterapi boleh diaplikasikan dengan pelbagai cara, antaranya:
- Menghidu wap aromaterapi
Antara cara yang popular untuk digunakan Minyak Pati adalah melalui penggunaan penyegar aroma atau penyebar. Tambah beberapa titis minyak aromaterapi ke dalam penyebar yang berisi air dan hidupkan mesin tersebut. Aroma daripada minyak tersebut akan tersebar dan memenuhi suasana semulajadi dengan kesan dan aroma yang menenangkan.
2. Tambahkan ke dalam produk kecantikan
Minyak aromaterapi boleh ditambah ke dalam produk-produk penjagaan kulit seperti pencuci muka, toner, moisturizer dan serum. Umumnya, pengguna boleh tambahkan 2-3 titis minyak aromaterapi kedalam 200mL produk kecantikan mengikut kesesuaian kulit masing-masing. Oleh kerana kandungannya 100% semulajadi tanpa bahan kimia, minyak aromaterapi terbukti selamat dan berkesan dalam menghidrasi serta membantu merawat masalah kulit.
3. Tambah ke dalam minyak pembawa
Minyak aromaterapi sesuai ditambah ke dalam minyak pembawa seperti minyak kelapa, untuk meningkatkan kualiti penggunaannya. Ini kerana, carrier oil mempunyai sifat kurang meruap berbanding minyak aromaterapi yang mudah meruap ketika digunakan. Oleh itu, 3-4 titis minyak aromaterapi boleh dicampurkan ke dalam 100mL carrier oil sebelum digunakan pada kulit bagi tujuan mengurut.
4. Tambahkan ke dalam makanan atau minuman.
Selain fokus ke dalam urutan dunia, minyak aromaterapi juga boleh digunakan dalam makanan. Ini kerana Essential Oils ini merupakan minyak 100% semulajadi yang dijamin tiada apa-apa bahan tambahan. Oleh itu, pengguna boleh menambahkan perasa makanan menggunakan minyak aromaterapi ini mengikut kadar penggunaan yang dibenarkan oleh FEMA.
Minyak Aromaterapi dalam Urutan
Tidak dinafikan lagi bahawa urutan dunia pada masa kini sangat fokus dalam mendominasikan minyak urutan yang bermutu tinggi demi mendapatkan hasil yang berkesan. Minyak aromaterapi yang bersifat 100% semulajadi boleh dijadikan minyak urutan kerana kandungannya yang bersifat antioksidan, antiseptik serta antimikrobial.
Tambahan lagi, minyak ini sesuai bagi mereka yang mengalami masalah-masalah kulit sensitif kerana minyak ini boleh membantu masalah kulit. Oleh itu, minyak aromaterapi sangat sesuai dijadikan sebagai minyak urut memandangkan tiada bahan kimia yang ditambah.
Antara cara mengaplikasikan minyak aromaterapi dalam urutan adalah dengan:
- Memastikan tangan dalam keadaan bersih sebelum memulakan urutan.
- Mengenalpasti bahagian badan yang ingin diurut.
- Menyediakan minyak aromaterapi yang secukupnya sebelum mengurut.
- Memulakan urutan dengan cara yang betul.
Cedarwood Essential Oil: Cadangan sesuai minyak aromaterapi dalam urutan
Memperkenalkan Cedarwood Essential Oil, salah satu pilihan minyak aromaterapi untuk dijadikan sebagai bahan asas mengurut. Mempunyai aroma yang hangat dan bauan kayu, minyak ini akan mewujudkan suasana tenang dan santai ketika sesi dijalankan. Jadi, anda tidak perlu lagi pergi ke Spa dengan kehadiran minyak aromaterapi ini!
Minyak Pati Cedarwood (China) – Gred Terapi 10mL
Minyak Pati Cedarwood 10mL
Cedarwood, dikenali ramai sebagai Cupressus funebris, ialah kayu wangi yang boleh membesar sehingga 20 meter tinggi.
✅Minyak Pati Cedarwood Tulen 100%
✅ Asal Tunggal
✅ 100% Semulajadi
✅ Vegan
❌ Pencairan
❌ Campuran
18+ Pensijilan, Pengisytiharan & Pematuhan
Anggaran Hasil (1mL)
25 – 30g of Cedarwood to make 1mL of Cedarwood Essential Oil.